Tuesday 1 October 2013

Berkenalan dengan Summit Boots


Kasut mendaki Gunung Everest macamana. nampak macam 'special'.
Mungkin ada yang sudah tahu, mungkin ada yang ingin tahu.



Bab kasut mendaki Everest ni tak pernah ada dalam posting 'kasut trekking
Juga tak diceritakan dalam posting 'kasut trekking ii'
Alkisah posting 'trekking di himalaya' dalam Travelog Everest Felda 2013 pun tak diceritakan hal kasut mendaki Everest.

Kasut / But mendaki di Everest disebut Summit Boots. Summit Boots mempunyai ciri-ciri Double Boots. Apa pula Double Boots ni. Mari kita kenal persamaan kedua jenis but ni dulu. Kedua-dua but ini, adalah kasut jenis boots. Bertapak keras dan cutting boots, full cut, melepasi buku lali. Kedua-dua digunakan untuk ice climbing, juga disebut Climbing Boots. 
Kiri: Summit Boots, Kanan: Climbing Boots/Double Boots
Kedua-dua boots ini dicipta dengan 2 lapis (boleh guna ke istilah lapis). Boots luar dan boots dalam (inner boots & outer boots). Ini umpama kasut yang disarungkan dalam kasut. Kalau pemakai pakai 2 lapis setokin. Jadilah kaki disarung dengan stokin, disarung lagi dengan stokin, dikenakan boots dalam dan disarungkan boots luar. Berapa cepat boleh pakai but begini. Apa cabaran nak pakai but ni di altitute tinggi. Boleh bikin mengah.
Jamling Bothe bermanja dengan Apip semasa memakai Climbing Boots
Bantuan cerun diguna untuk memudahkan memakai crampon pada boots
Batuan diguna untuk sokongan pemakaian crampon
Inner boot mempunyai shell yang lembut. Bersifat penebat. Biasanya berwarna perak. Ada yang jenis bertali, ada juga jenis berzip. Kasut ni mudah luka sebab shell dia lembut. Elakkan dari diguna untuk berjalan-jalan di kemsite. 
Inner Boot 
Outer boot yang membezakan Double Boot dengan Summit Boot. Kedua-dua boot ini mempunyai tapak jenis boot yang keras. Shell dari fabrik yang agak lasak. Summit Boot mempuyai ciri tambahan, Outer Shell dari bahagian atas buku lali terus ke pangkal lutut seperti gaiter. Double Boot tidak mempunyai ciri ini. Cutting Double Boot biasanya diatas dari paras buku lali.
Outer Boots & Inner Boots
Masa bila nak guna Double Boot dan masa bila pula kena guna Summit Boot. Pendakian ke Island Peak (Imje Tse) boleh menggunakan Doube Boot. Boot yang ditawarkan (sewa) di Chukung kebanyakan adalah jenis Double Boot. Pendakian ke Everest pula menggunakan Summit Boot.  Summit Boot biasa diguna pada ketinggian melebihi 7000m atau pada tempat salji yang lebih extreme.
Pemakaian Inner boots tanpa Outer Boots
Saiz Summit Boot mahupun Double Boot patut dipakai sesuai dengan keselesaan kaki. Statistik kami memakai boot ini satu unit lebih besar dari saiz kasut biasa yang sering dipakai. Ini bagi mereka yang berkaki normal. Bagi yang kaki jenis Greek boleh juga guna 2 unit saiz lebih besar. Ingat keselesaan perlu diutamakan.

Berat sebelah boot ini lebih kurang 1 kilogram. Tak termasuk berat crampon. Pendaki amat digalakkan membiasakan kaki dengan boot ini sebelum pendakian sebenar. Kawasan sekitar basecamp / kemsite sering digunakan untuk membiasakan diri.
Climbing Boots dibiasakan di kemsite / basecamp
Summit Boot dipakai hingga kembali ke basecamp
Di Malaysia, Summit Boot boleh didapati di Butik Lafuma, Bangsar (Millet) dan La Sportiva difahamkan ada dijual di salah satu butik outdoor di Petaling Jaya. Summit Boot Millet di Lafuma, model baru dengan triple boot. 2 Inner boot dan satu outer boot. 




0 comments:

Post a Comment