Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Monday 17 December 2012

Kisah ekspidisi di sebalik Media


Apip berbaju oren bersama ahli ekspedisi

Kisah ekspedisi di Media minggu sudah di media Utusan Malaysia, sisipan .com slot Lasak & Santai. Mungkin ramai yang sudah membaca tulisan Faizal atau lebih glamour dengan jolokan FBK. Judul merintis laluan G. Basor tak banyak mengisahkan tentang kisah merintis dengan lebih dramatik. 

Ada tak insan yang nak tau kisah disebalik kisah. Ada tak ahli ekspedisi yang tak kisah nama dia tak termasuk dalam alkisah. Apa pun setiap panglipur lara ada heronya. Berkisahlah mengikut kisah masing-masing asalkan bukan satu dongengan (walau kisah dongeng & mitos pun ada yang nak baca).

Sedar tak sedar tahun 2012 sudah hampir ke penghujung. 2012 rupanya Apip belum mengetuai mana-mana ekspedisi dalam negara. Menjadi Pengarah Program, Penasihat Program aktiviti kelab dah kerap. Rindu untuk menjadi mengetuai program dari kerja-kerja belakang tabir hingga selesai program ada dihati. 

Rata-rata AJK OGKL telah pun diberi peluang menjadi Pengarah Program atau Ketua Ekspedisi. Cabaran mendapatkan barisan pendaki tidaklah sesukar mana sebab ramai dah aram untuk mendaki gunung ini dari awal terbitnya kalendar serta barisan pendaki G. Noring yang dah pasang azam untuk ke sini. Syarat guide yang meletakkan barisan pendaki mestilah yang setara dengan barisan pendaki G. Noring OGKL sebagai syarat diadakan ekspedisi ini dalam masa 2 hari. 

Kelebihan pendaki G. Noring OGKL amat cerah. Cabaran kini nak menapis barisan pendaki lain yang gusar tak menepati syarat guide. Peluang sama rata buat yang layak, kepantasan bertindak mengikut arahan (hubungi AJK) yang melengkapkan pendaki dalam barisan G. Basor.

Pendakian yang disangka amat mencabar ini, bertukar menjadi agak relaks bila dibarisi pendaki mantap & AJK yang pantas membuat kerja. 2 hari ekspedisi bukan masa yang lama, namun sudah boleh menonjolkan sikap seseorang itu. Siapa yang sudi membantu kawan, siapa yang lebih pentingkan urusan diri sendiri. Siapa yang sudi menebas, siapa yang memasang impian trip-trip menebas tapi segan dengan parang. Siapa yang rajin rakam video rakan-rakan menebas. Semua terserlah hingga ke ruang dapur. 

Secara peribadi, G. Basor amat sesuai untuk pendakian hujung minggu, buat mereka yang masih baru untuk mendaki. 

Thursday 13 December 2012

Kasut Trekking II


Kasut Trekking II

Nike ACG - foto hiasan
Bicara awal bab Kasut Trekking rupanya masih tak lengkap dan habis. Perlu lagi beberapa penjelasan. Terima kasih buat yang membaca Kasut Trekking, respon dan mengutarakan lagi soalan-soalan berkenaan kasut trekking serta tak kurang juga yang jadikan rujukan untuk hal kasut. 

Mungkin ada lagi cebisan ilmu yang tak dicurahkan. Harapan serba sebanyak dapat jadi panduan buat kalian tanpa Apip prejudis / bias pada mana-mana jenama.

Soalan: 
1.Ada ke bukti kasut getah tak elok? 
Buat mereka yang kena arthritis Kebiasaannya Doktor akan menasihatkan anda memakai kasut yang berkusyen. Lihat difarmasi hospital, selipar Croc adalah item barangan kesihatan. Sebab apa? Sandal ini ada kusyen berbanding selipar kebanyakan selipar lain.
Artikel ini telah membincang berkenaan Lutut Dan Kasut.
2. Ada beza ke kasut trekking lelaki dengan kasut trekking perempuan?
Soalan berkaitan lain, Saya perempuan bolehkah beli kasut lelaki sebab kaki saya agak besar dan tiada saiz dalam model perempuan. Saya lelaki tapi suka warna kasut tertentu (pink misalnya) dan hanya ada pada model kasut perempuan. 

Beza utama kasut trekking perempuan berbanding kasut trekking lelaki adalah warna. Warna-warna untuk perempuan lebih feminine seperti pink, light blue, light purple dan sebagainya. Ciri kedua perbezaan adalah saiz kasut wanita biasa dari saiz UK4 - UK7 manakala lelaki dari saiz UK6.5 -UK12. Di Malaysia kasut wanita saiz UK7 dan kasut lelaki saiz UK11 dan UK12 agak terbatas dan kurang diimport saiz ini. Betulkah kasut wanita lebih tirus dihujung? Kasut sukan mungkin ia tapi rata-rata kasut trekking tidak mengutamakan ciri ini (tirus untuk nampak gaya feminin), ciri performance dan boleh pakai lebih lama yang diutamakan. Istilah lain, keselesaan keutamaan. 

3. Saya beli kasut jenama outdoor tapi agak mengecewakan.
Ingatlah setiap jenama outdoor sebenarnya bukanlah pakar dalam semua produk. Karrimor adalah jenama outdoor yang pakar dalam haversack, kini mula menceburi produk kasut dengan teknologi tapak tersendiri. Soalan kenapa kasut Karrimor saya lebih mengecewakan dari kasut Timberland saya. Tak dinafikan Timberland adalah antara pengeluar kasut yang telah berzaman lamanya berbanding Karrimor.

4. Saya suka kasut getah sebab tapak dia nipis dan dapat rasa permukaan batu.
Perdebatan pakar-pakar kaki diantara Trail shoes versus Barefoot shoes telah lama ada. Andai anda memilih barefoot shoes, antara pilihan selain kasut getah cubalah dengan Inov-8 bareGrip, Merell barefoot dan yang paling asli Vibram fivefinger Barefoot.

5. Boleh bagi pandangan adidas kanadia tr 4 dan asics gel enduro 8
Kedua-dua produk ini Apip tak pernah guna untuk outdoor (tak berkesempatan & tidak berpeluang).  Rakan-rakan terdekat Apip lebih ramai yang pernah pakai Kanadia untuk aktiviti trail yang lasak. Secara pemerhatian nampak amat memuaskan.  Kedua-dua jenama sukan ini boleh dipercayai. Keselesaan pemakai semasa dikedai mungkin boleh dijadikan ukuran. Asics Gel Enduro, tumit (Heal)lebih tinggi dari hujung jari, cuba sendiri dan jenis begini amat sesuai untuk larian, trail running. Manakala Adidas Kanadia tumit kurang tinggi berbanding hujung jari dan umpama tidak menggalakkan larian dan sesuai untuk trekking jangka panjang.  Lain-lain aspek seperti, tali, fabrik, design, tapak boleh dianggap setara. Utamakan keselesaan kaki dengan gaya trekking anda.

Baca Lagi: Berkenalan Dengan Summit Boots


Kasut Adidas AdiStar yang dipakai di Gunung Sibayak





Tuesday 4 December 2012

Kembara NSW-Sydney - Tips Solat


Kembara NSW-Sydney - Tips Solat



Ekspedisi di negara orang yang agak asing dari negara sendiri, Malaysia. Banyak tips dari blogger lain yang melancong ke Australia dan Sydney khususnya. Pengembaraan di negeri New South Wales (NSW) dan ibu kotanya Sydney. 

Solat, satu kewajipan yang tak boleh tak dilaksanakan bagi penganut agama Islam. Persediaan sebelum menjejak kaki ke sini. Semak Waktu solat & arah kiblat. Laman IslamicFinder boleh digunakan.

Kompas & alas solat perlu ada. Mereka yang guna kompas kiblat pastikan anda tahu nombor yang patut ditunjuk oleh kompas kiblat. Urusan wuduk dapat dimudahkan lagi bila ada botol. Memadai botol kecil 500ml. Mudah guna untuk basuh kaki ditandas yang tiada paip air.

Sepanjang perjalanan dari Airport Sydney ke Thredbo Snow Mountain agak sukar untuk bertemu dengan masjid. Rest Area di lebuhraya boleh saja dibentang alas solat dan bersolat. Begitu juga di tempat-tempat letak kereta awam. Pastikan kita tidak menghalang lalu lintas.

Di Sydney City Center juga kami tak jumpa masjid / musollah walau ada pekerja-pekerja dari Timur Tengah disini. Cara mudah untuk bersolat, pergi ke mana-mana park yang agak terselit di dalam bandar, solat. 

Alhamdulillah tiada yang menggangu. Ada ketika Apip & isteri sempat berjemaah di Hyde Park beberapa meter dari Gereja St James. Usah risau, sentimen keagamaan tidak kejam disini. 

Satu lagi kelebihan kami yang menetap di tengah-tengah CIty Center, pulang sekejap ke tempat menginap, Mudah wuduk di bilik air, solat di bilik.

Bumi Australia - bumi tuhan. Kita hamba yang melata di bumi tuhan perlu mejalankan tanggungjawab dimana saja kita berpijak.

Monday 3 December 2012

Berjalan ke Outdoor Shop di Sydney City Center


Berjalan ke Outdoor Shop di Sydney City Center



Bagi mereka yang ke Sydney dan ingin ke kedai-kedai outdoor. Apip sarankan berjalanlah di Kent Street bermula dari persimpangan Liverpool Street, agak berhampiran Chinatown. Hasil google menyenaraikan 2-3 kedai outdoor sahaja.

























Impian untuk membeli kasut jenama yang tiada di Malaysia terpaksa dibatalkan memandangkan baru sahaja beli kasut. Apa pun rancangan jelajah kedai outdoor diteruskan. Tak sangka pula kedai outdoor berselang kiri kanan jalan. Habis semua diterjah, windows shopping.

Antara kedai yang ada, Paddy Pillin, kedai tempatan yang turut mengeluarkan jenama sendiri dengan label Pillin selain turut menjual jenama outdoor lain. Kedai Macpac yang banyak memasarkan jenama Macpac sendiri. Kedai Kathmandu, jenama pilihan Dr Mafeitz, sayang kedai ni tengah tutup untuk season sale 2 hari lagi. Menariknya jaket Kathmandu ni, design fabrik bercorak. 























Lain kedai seperti Shoeologies, Mountain Design, Larry Adler Ski & Outdoor yang banyak memasarkan barangan jenama Marmot. Boleh dikatakan barangan yang berwarna hitam atau tidak ceria tidak ada di kedai ini. Lihat foto, betapa cerianya warna-warna barangan yang dipamerkan. Kedai berikutnya Mountain Equipment yang fokus pada aktiviti mountaineering, jenama Lowe Alpine antara yang dipasarkan disini.




SNOWGUM kedai ski & outdoor turrut menawarkan pelbagai barangan untuk  pendaki dari kepala hingga ke kaki. Kedai terakhir yang sempat dikunjungi Colombia. Tak semua produk Columbia yang ada di sini dibawa masuk ke Malaysia. Sempat sambar kemeja satu untuk Eryn dalam misi berjalan ke Outdoor Shops di Sydney City Center.




#Pembelian barangan gore-tek di Sydney Outdoor Shops lebih murah berbanding di butik-butik Malaysia & season sale (tamat musim sejuk) bermula hujung November.


Thursday 29 November 2012

review Produk : Kasut Salomon X-Tracks Mid GTX


review Produk : Kasut Salomon X-Tracks Mid GTX



Ni kasut terbaru pilihan Apip sementelaah dah tak ada kasut untuk trip seterusnya, Climb Mt Kosciouszko. Bila dah tak ada kasut langsung, baik trail running mahupun alpine boot. Pilihan sudah tentu alpine boot yang lebih selesa di trip Kosciouszko.

Harga Letak sebelum diskaun
Percaya hanya RM400 lebih dah boleh dapat kasut yang diedarkan oleh World of Sport (WoS). 20% diskaun barangan WoS walau dijual di premis Parkson. Ditolak pula pemberian voucher Pakson dengan pembelian ini, dapat voucher bernilai RM30. Boleh dikatakan harga kasut ini cuma RM490. 

Wajarkah beli kasut Salomon yang dikatakan 'ori tapi belakang pintu' dengan harga yang sama? Lebih wajar tawar harga lebih rendah dari harga RM490 untuk belian yang berbaloi.

Ulas sikit tentang kasut ni.
Salomon jadi pilihan sebab Apip suka teknologi tali & teknik jerut yang memudahkan proses memakai. Membasuh pun senang diuruskan. 'Mid' atau 'medium cutting boots' pilihan Apip untuk menutup buku lali supaya buku lali terlindung dan lebih selamat.

Trail Mt Kosciousko sejauh 13.6KM ditambah 2KM lagi dari Snowgun Chairlift. Mula dengan trail bertanah beralih ke pelantar besi, padang rumput seterusnya salji. Memandangkan pendakian ikut pelantar adalah santai. Apip ikut laluan lama pintas ke puncak. perlu mendaki bukit bersalji dengan kecerunan 80 darjah. 

Tanpa memakai crampon, hujung kasut yang lebih keras dengan mudah membantu bikin tail ke puncak. Ciri Gore-tek (GTX) mengelakkan kasut dari basah walau dalam jangka masa yang lebih lama. 

Mendaki begini memang lebih penat, terasa otot kaki bekerja keras dan keluar dari zon santai. Harap sedikit sebanyak menjadi latihan persediaan ke Everest minggu ni. 

Lihat ada tambahan fabrik menyambung lidah kasut dengan kasut.
Trail ujian ke-2 kasut ni di Blue Mountain, Prince Henry Walkway, trail ala-ala G. Kinabalu (antara Timpohon ke Laban Rata). Takungan air di trail memang tak mengusarkan lansung, ciri kalis air (selagi tak melebihi lidah atas kasut). Ini melancarkan pergerakan tanpa perlu terjengket atau mengelak takungan air. Langkah lebih bergaya jadinya.

Selamat membeli.

# Kasut trail running juga boleh digunakan untuk pendakian Mt Kosciouzko diwaktu ini. 

Tuesday 27 November 2012

Patagonia Shipment to Malaysia

Buat mereka yang ingin membeli secara online, kini jenama Patagonia melalui official wabsite telah memnyediakan khidmat shipment ke negara kita, Malaysia. 


Maklumat lanjut sila kunjungi laman 


Monday 26 November 2012

Jenama COHIKE


Satu jenama outdoor dari Republic of China. Jenama ini mungkin tidak popular sebaris dengan jenama outdoor yang 'international'.  Laman rasmi cohike www.cohike.com.cn tidak menggunakan bahasa International lain selain bahasa Cina sendiri.


Abot Shop sebagai pengedar rasmi jenama ini di Malaysia ( & Asia Tenggara) telah membawa masuk beberapa item jenama cohike.

Apip yang dipilih untuk Cohike product review telah diberi 2 item untuk test product & review. Trail pants & baju base layer.

Sebelum review. Jom kenal sikit jenama cohike ni.
Bagus ke jenama dari China ni sebab tak mask dal am line-up product international pun? mungkin ini yang bermain di kepala penggiat outdoor lain.

Pernahkan anda melihat ahli sukan negara China menggunakan produk sukan yang dilabel international. Pasukan Sukan badminton negara China menggunakan jenama mereka sendiri. Begitu juga dengan mountaineering. Malah pendaki negara China ke Everest juga menggunakan jenema mereka sendiri. 

Negara China sebagai pengilang jenama-jenama International turut mengeluarkan jenama mereka sendiri. Kita di Malaysia aja yang kurang tahu hal jenama-jenama negara tesebut.

Kali ke-2 di Bkt Resam Ambat
Test Gear.

Pendakian di G. Hitam, Hulu Langat dari Hutan Lipur Sg. Leweng ke Genting Peres jadi tempat ujian pertama. Kebetulan inilah program yang terdekat setelah terima produk Cohike pertama dari About Shop.

Ekspedisi ini yang juga program latihan pendaki Ke7B Everest Felda. Satu endurance test bagi bagi pendaki-pendaki Ke7B Everest Felda sebelum saringan selanjutnya. Hari pertama pendakian bermula dari jam 10:45 dan berhenti jam 1pagi. Hari ke-2 pendakian bermula jam 7:30 pagi dan tamat 5 pagi keesokannya. Cabaran trek yang bersemak, perlu menebas, melintasi gua, tanpa nasi, rehat yang minimal. 

Apip pakai cohike trail pants & cohike base layer tanpa ganti dari hari pertama hingga tamat. malah tidur malam pun masih berbaju & seluar cohike. On-trail hiking ke off-trail hiking, ada masa mengepalai menebas, recce sampai cari laluan pintas dalam gua ala-ala 127hour. Boleh kata trip hardcore.

Seluar cohike yang dilabel all weather berkain nipis amat cepat kering. Potongan 'carrot' dengan ukur lilit kecil di pergelangan kaki nampak hampir seluar tight yang loose. Dari segi lasak seluar ni tidak tahan kena rentapan duri, kurang lasak untuk trail hardcore tapi tidak mungkin memberi sebarang masalah untuk trail biasa gunung-gunung negara kita.

Baju cohike, saiz yang diberi agak besar dari saiz badan, Lebih menarik dipakai gaya body fit. Base layer ini agak tebal dan sesuai untuk suasana sejuk atau berangin. Kena dengan tag Omni Warm - low temperture Thermal technology. Penggunaan dimusim hujan mungkin tak mendatangkan kepanasan melampau, boleh juga digunapakai semasa malam di campsite.

Dapat disimpulkan disini, kedua-dua item ini boleh digunapakai di negara kita untuk aktiviti mendaki.

Terima kasih: About Shop yang menaja kedua item ini.

Bergambar beramai di Bkt Resam Ambat



Wednesday 14 November 2012

2M1L di media

Alhamdulillah sekali lagi kisah Ekspedisi 2M1L keluar di media. Satu ekspedisi 3 gunung ( Merapi - Merbabu - Lawu ) yang dilaksanakan bermula dari pendakian G. Lawu kemudian ke G. Merbabu dan akhir sekali di G. Merapi. 

3 gunung 3 kisah dan setiap kisah telah diterbitkan di media Utusan Malaysia hasil nukilan wartawan Rohana Man. 



Thursday 8 November 2012

Outdoor Talk - SRS Malaysia Raya

7 Nov 2012 - Sessi Temubual bersama Apip Embi - pesonaliti gunung. Jemputan dari Sdr Azhaar untuk duduk bersama Pasukan SRS Kg. Malaysia Raya, Sg. Besi, Kuala Lumpur. Selalu night talk / chit-chat sesama ahli Kelab OGKL, kali ni bersama peminat & pengiat rekreasi luar yang lain. 

























Program yang diadakan di markas SRS Kg. Malaysia Raya sendiri, iaitu di Pos 1 bermula jam 10 malam. 1 jam masa yang diberi macam tak cukup saja, bukan saja dari Apip sendiri, malah dari rakan-rakan SRS Kg Malaysia Raya juga. 



Suasana santai dijamu pula dengan sate menambahkan lagi rencah bual bicara malam tersebut. Topik bicara sudah semestinya hal gunung, pakaian, persiapan diri, pengalaman dan tak lupa sedikit panduan & nasihat dapat dikongsi bersama.

Progam yang turut mendapat tajaan voucher dari Lafuma Malaysia telah diserahkan ke SRS Kg. Malaysia Raya untuk memeriahkan lagi bual bicara ini. 
Voucher Lafuma dari YellowStone Sdn Bhd



Cendarahati disampaikan oleh En Hashim En Zainudin selaku Pengerusi

'buf'/headwear RaidLight ditaja oleh YellowStone Sdn Bhd
Semoga perkongsian ini dapat manfaat bersama.

Tuesday 6 November 2012

Kasut Trekking


Kasut Trekking

Persoalan tentang kasut trekking ni selalu ditanya. Baik pertanyaan tentang jenama, kesesuaian, ketahanan, ori atau tak ori, murah atau mahal, dan beberapa soalan-soalan berkaitan kasut trekking.

Sebelum bercerita panjang dan berceloteh, elok juga serba sedikit Apip cerita latar belakang Apip dengan pengalaman menggunakan pelbagai jenis kasut sepanjang trekking lebih dari 15 tahun samada untuk kasut untuk cuba-cuba, kasut pakai muat, kasut yang diberi untuk 'pandu-uji'. langkah-uji dan kasut 'sample'. Antara jenama yang dipakai, Adidas AdiStar, Lafuma Skyrace OT, Lafuma Skyrace, Lafuma MXLight II OT, Nike ACG, Timberland Aqua, Salomon RaidRace, Garmont GTX, sandal Teva. 

Pengalaman merasai sendiri pelbagai jenis kasut, dari Midcut Boots Full leather, Army Boots, kasut Adidas pasar malam, selipar Tong Fong, selipar Asadi lightweight, selipar jepun, kasut trail running,  hiking boots. Pelbagai jenis kasut dah dipakai, samada beli di pasar malam, beli barangan sampel, beli barangan jualan penghabisan stok, beli di butik dan tak kurang yang ditaja.

Pengamatan peribadi tentang kasut, perbandingan antara kasut juga tak dapat lari dibandingkan trekking dengan berselipar jepun, seingat Apip semenjak kecil jungle trekking dari Persiaran Quarter di kaki Bukit Tunku ke Madrasah di Jalan Sultan Salahudin, Kuala Lumpur.

Pengalaman menjadi jurujual barangan outdoor termasuk kasut juga menambahkan lagi pemahaman Apip dalam penggunaan kasut. Mengiring ahli keluarga dan sahabat-sahabat membeli kasut juga menambah merit dalam pengetahuan kasut. Satu lagi hobi kini, pergi kedai kasut dan cuba semua jenis kasut. hahaha.

Soalan: Nak cari kasut, kasut apa yang sesuai?
Persoalan: Sesuai untuk apa? Jungle Trail atau Alpine Trail, Nak guna kemana sebenarnya?
Komentar
Kasut yang nak diguna untuk masuk ke hutan hujan Khatulistiwa, hutan belantara negara kita, banyak redah sungai, laluan berselut, laluan berbatu, laluan bertanah elok guna kasut jenis Multi-trail / All-trail / Trail running.
Kasut yang nak guna untuk Gunung berbatu seperti G. Kinabalu boleh guna jenis boots juga tergolong dalam hiking boots. Kasut jenis begini bleh juga digunakan untuk gunung berapi/volkano.

Apa itu kasut trail running. Pergi ke kedai kasut ada barman kasut trail running, Jogging, basketball, Tennis dan lain-lain. Cuba perhatikan tapak kasut. Semua ada persamaan dalam kategori masing-masing. Trail Running sejenis kasut sukan yang bertapak lebih tebal berbanding kasut jogging. Ini ciri utama kasut trail running. Dah kenal jenis kasut ini, anda boleh pilih apa-apa jenama yang anda suka mahupun yang tidak berjenama.

Kasut boots pula dicipta lebih keras, lebih kukuh, bukan untuk berlari laju, bukan untuk semua jenis trail. Elok diguna untuk trail yang kering dan tidak meredah sungai. Elakkan dari melihat Renjer Hutan atau Askar yang ada kasut khusus (tapi masih tidak dicipta untuk mendaki gunung).


Hiking Boots


Kenal teknologi kasut. bank kasut trail running mahupun hiking boots. Ada yang dilabelkan 'gore-tek' ada yang tidal. Kini satu lagi pesaing 'gore-tek' adalah out-dry. Apa itu gore-tek/out-dry. rujuk web http://www.gore-tex.com/ dan http://www.outdry.com/ENG_home.html untuk ketahui lebih terperinci.

Gore-tek & Out-dry membekalkan fabrik berteknologi yang berciri 'breathable' (bernafas) & 'waterproof' (kalis air). Air dari luar tidak masuk kedalam kasut & udara didalam kasut boleh keluar. Tujuannya untuk kaki tidak berkepam & panas berada dalam kasut untuk jangka masa lama. 

Lafuma M Akteon OT & Lafuma M Akteon - Apip menguji Out-dry vs non Out-dry
Kalau diguna di hutan hujan? Memang menarik lalu diatas takungan air sedalam 2-3 inci kaki masih tidak basah, begitu juga setakat melintas sungai yang perlu memijak batu yang agak tenggelam bebrapa inci sahaja, kaki masih tidak basah. Tapi kalau redah sungai air paras betis? paras lutut? paras pingggang? atau hujan lebat mencurah-curah?

Hah, sahih air masuk kedalam kasut. kasut jenis gore-tek/out-dry memang sukar sedikit untuk air keluar, dah umpama baldi jadinya. Bagi kasut jenis trail running, satu tips untuk keluarkan air dari kasut, terjah kaki dari dalam kasut, sepak-sepak kaki, air akan tetap keluar. Boleh kering ke kasut ni.  Boleh sama macam kasut trail lain.

Kasut trail running pun dah ada yang jenis mid-cut yang tutup buku lali. Sekali lagi beza trail running dengan hiking boots adalah tapak. Selain tu hiking boot biasa dibuat lebih keras dan kurang kelenturan kasut itu sendiri.

Teknologi tapak kasut, buat masa ini, Vibram memonopoli teknologi tapak kasut, hampir semua jenama kasut terkenal mengguna pakai tapak kasut dari Vibram. Kasut cap apa-apa entah pun bila guna tapak Vibram boleh dikira kasut tersebut mempunyai tapak yang bagus. Teknologi tapak dari pengeluar kasut yang diuji lasak masih boleh dipercayai seperti Omni-grip, Conta-grip, Spider-grip, terrain-grip dan sebagainya.

Soalan: kasut pasukan elit swat ok tak?
Persoalan: kasut ni dicipta untuk apa? mendaki?
Komentar: kalau dicipta buat special untuk mendaki, usah habiskan duit beli kasut ni hanya untuk mendaki. Lainlah kasut ni sememangnya ada dalam simpanan dan tiada baget lansung nak beli kasut. Pakai apa yang ada, seadanya.

Soalan: Kasut trail running boleh guna tak daki Kinabalu, daki gunung berapi.
Persoalan: Apa masalah para kasut trail running dengan trail / rents tersebut?
Komentar: Boleh juga digunakan. 
Salomon RaidRace diguna mendaki G. Marapi, Bukittinggi, Indonesia
Soalan: Kasut menoreh getah macamana?
Persoalan: Ada tak teknologi high end pada kasut ni? Boleh mengagalkan tak ekspedisi kalau guna kasut ni?
Komentar: Kasut menoreh pun ada berbagai versi, kasut asal menoreh seingat Apip, kasut dipanggil kasut getah, material 100 peratus getah, kalis air betul. Ada berbagai jenama & pendaki-pendaki ada yang sebut Adibus merujuk pada 4 jalur pada kasut ini yang mirip adidas 3 jalur. Terbaru kasut menoreh jenama Bowling mendapat tempat. Kasut ni lebih lembut getahnya. Agak berkusyen sedikit tapak dalam kasut ini. Boleh aja kalau nak mendaki, tapi dinasihatkan buat pendaki berbelanja sedikit andai mampu, guna kasut yang lebih sesuai dan dicipta untuk mendaki. Demi keselamatan & kesihatan jangkamasa pangjang lutut & kaki.

Soalan: Kasut 'sampel' bagaimana.
Persoalan: Beli untuk disampelkan atau untuk dilanyak selasak habis?
Komentar: Apip pernah membeli kasut sampel Solomon & Nike. Siap ada tag 'Not For Sale'. Murah beb, sapa tak nak cuba. MENYESAL, inilah istilah yang tepat. Patutlah penaja tak pernah nak bagi kasut sampel untuk diuji. Apip bandingkan Salomon sampel dan Salomon yang dibeli dibutik. Ketahanan jauh berbeza, malah ada bahagian pada kasut sampel yang dibuat bukan seperti spesifikasi sebenar, asal rupa ada aja. Nike sampel pun tiada daya tahan lasak walau lebih baik dari Salomon sampel.

Soalan: OK ker kalau kasut tu tak ori/fake/imitation
Persoalan: OK untuk apa?
Komentar: Seeloknya elakkan. Kasut yang tak tahan lasak tak usah digunakan dilapangan. Naya bila rosak semasa ekspedisi. Tak ori tiada jaminan dari pengeluar jenama tersebut.

Soalan: Pekedai kata ORI tapi Pintu Belakang? Apa ni?
Persoalan: Apa yang pekedai nak dijelaskan sebenarnya.
Komentar: Misalnya Salomon order 1000 unit, kilang bikin 1450 unit. reject item 200 unit. balance dijual belakang pintu. tak lalu QC. tak kena levi, masuk M'sia tak kena tax. Kualiti adalah dari pengilang yang sama cuma tak lalu QC. tak lalu QC yg kurang best tu bagi barang performance. kita labur RM pun bukan kecik anak.

Soalan: Apa lagi nak tau sebelum beli kasut tu?
Komentar: Tarikh kasut dikeluarkan, Setiap kasut ada jangka hayat. Kasut yang lama biasa dijual murah sebab tempoh hayat dah dekat. Tiada tarikh luput pada kasut pun. Betul, tapi kasut akan teroksida walau ada silikon diletak dalam kotak kasut. Makin lama kasut disimpan, hayat makin pendek walau tidak dipakai. 

Merujuk para buku A fat man journey to become IRONMAN, penulis Gunanathan turut menyarankan penggunaan kasut mengikut kilometer kasut itu dilanyak. Tukar baru bila cecah KM tertentu. 

Apip pula kebiasaan akan tukar kasut 2-3 tahun sekali bila kasut dah lunyai. Tahap lanyak setiap pendaki mungkin berbeza. Jangan sayang nak lanyak kasut, biar kasut lusuh bukan kaki yang lusuh.

Soalan: Kaki saya ada masalah tulang terkeluar sedikit.
Komentar: Bagi mereka yang kaki tulang terkeluar, kaki tidak simetri, kaki jenis resesif boleh cuba guna kasut trail running - soft shell. Alhamdulillah setakat ini pendaki yang terima nasihat ni berpuas hati.

Soalan: Bila nak habis cerita pasal kasut
Komentar: Dilain waktu kita bicara bab tapak kasut sahaja dan hal-hal lain tentang kasut.


Lagi: 
Kasut Trekking II
SummitBoots

Tuesday 30 October 2012

Produk Review: Jam Garmin Fenix





Mengayakan Garmin Fenix
































Jam Garmin Fenix


Jam untuk sukan outdoor dan dicipta untuk ekspedisi. Mungkin belum 

ramai pendaki-pendaki tempatan memakai jam yang masih baru diperkenalkan dari jenama GPS terkenal Garmin. Jam ini sudah boleh didapati dipasaran Malaysia, sama ada dari kedai-kedai outdoor mahupun pembekal perseorangan. 

Jam ber'GPS'. Inilah tarikan utama Garmin Fenix. 3 fungi utama jam outdoor, ABC; Altimeter, Barometer & Compass dikekalkan setanding dengan jam outdoor lain. Selain itu, fungsi utama jam digital dipaparkan juga waktu & hari semestinya ada. Satu lagi fungsi yang tak ditinggalkan - sensor  suhu (temperature censor).

GPS pada Garmin Fenix dibawa dari teknologi GPS Garmin sendiri. Paparan kecil bersaiz kurang 2 inci yang amat membezakan dengan GPS gajet Garmin. Koordinat, waypoint & routes yang kekal wujud dalam jam GPS ini sudah memadai untuk pengguna merasai jam berkeupayaan GPS.

Apa yang menarik pada jam Garmin Fenix. Apip sempat test in-house di butik Lafuma Bangsar. Pertama kali mengenakan di tangan, sedap bila memakai, tapi sebelum tu ciri track lock button pada tali jam melecehkan sedikit pemakaian jam ini, lebih-lebih lagi pada kali pertama. Terasa ringan dan kecil jam ini berbanding Casio Protrek atau Timex Expedition WS4.

Satu lagi penampilan menarik Garmin Fenix berbanding jam lain. Kebiasaanya paparan skrin dari satu fungsi ke fungsi yang lain secara 'blink'. Istimewa Garmin Fenix paparan animasi secara 'slip down'. Ini menampakkan gaya baru bagi jam digital.

Jangan terkejut, jam ini berciri bateri rechargeable, seperti handphone, ianya boleh dicharge hanya dengan klip pada jam. Sesuai dicharge diwaktu malam ketika tidak memakai jam. 

Adapter dibekalkan untuk 'recharge' jam ini. PASTIKAN bila membeli, anda beli versi 'UK & Europe' (010-01040-01) yang sesuai dengan elektrik plug Malaysia. Jika terbeli versi yang bebeza dengan Malaysia, anda perlu membeli aksesori AC adapter.

Harga jualan di Lafuma Bangsar kurang sedikit dari RM1500. Dikira sebagai lebih murah bagi jam yang mempunyai fungsi ABC + GPS.

Jadual berikut adalah datasheet Garmin Fenix.





Butir lanjut Garmin Fenix boleh dilayari di web Garmin Fenix


Monday 29 October 2012

Pendakian Gunung Ditutup


Topik kali ini sengaja didedahkan bukan untuk mendorong pendaki-pendaki melakukan pendakian di gunung yang ditutup, tapi untuk mendedahkan situasi sebenar dunia pendakian.

Artikel terbaru Ekspedisi 2M1L turut tidak melindungi berita Gunung Lawu, Indonesia ditutup tapi pendakian tetap diteruskan.
Bagi yang terlepas baca artikel ni rujuk dibawah.

Isnin 22 Oktober, Warna-Warni, Utusan Malaysia
Bagi gunung-gunung dibawah pengawasan pihak tertentu, kebiasaannya gunung akan ditutup apabila keadaan linkungan didapati tidak selamat untuk didaki. Antara sebab keselamatan yang dimaklumkan:-
- Binatang buas sedang mengamuk seperti kes harimau menerkam pencari hasil hutan, harimau tersebut masih belum dijejaki.
- Tanah runtuh dan keadaan cuaca masih dalam musim hujan
- Tanah longsor - musim hujan dan struktur tanah tidak kukuh.
- Hutan terbakar - Hutan ditutup sebab terbakar dan juga masih ditutup sebab tempoh penutupan belum lagi tamat.
- Gunung berapi meletus
- Gunung berapi berada di tahap waspada disebabkan aktiviti valkanologi meningkat.

Sejauh mana bahaya mendaki gunung yang ditutup? Perlu selidik & tahu situasi sebenar sebelum menerjah ke sesuatu gunung itu dan mengambil keputusan meneruskan pendakian.

Tips:
1. Pandangan masyarakat setempat. Adakalanya hal begini tidak menakutkan masyarakat setempat. Selagi ada masyarakat setempat yang sedia ke puncak gunung tersebut, amat besar kemungkinan keadaan tidak merbahaya (dari pandangan masyarakat setempat).

2. Sedia berundur jika situasi benar-benar bahaya. Usah terus mara ke depan bila mendekati bahaya & dikenalpasti bahaya. Pihak berkuasa jarang membenarkan pendaki mendekati kawasan dikatakan bahaya. Peluang untuk jejak puncak akan cerah bila mendekati kawasan yang berisiko tetapi tiada lagi risiko seperti diwartakan.

3. Ajak pasukan penyelamat (SAR-Search And Rescue) bersama ke puncak gunung. Selagi mereka berani mendaki, selagi itu peluang untuk anda mendaki gunung tertutup ada.

Apip bergambar dengan notis penutupan G.Kerinci selepas turun dari puncak Kerinci, 2002.
Ana Man (wartawan), turut bergambar dengan notis penutupan G. Lawu, 2012
Macamana nak redah bila gunung ditutup?
1. Runding dengan pihak berkuasa - tulis surat permohonan berserta kesediaan terima segala risiko tanpa melibatkan pihak berkuasa.
2. Rundingan dengan pihak yang bekerja di bahagian penguatkuasaan. 
3. Mencari jurupandu arah setempat dan laluan alternatif seperti jalan kampung/jalan kebun (laluan tikus).
4. Meredah laluan sedia ada semasa penguatkuasa sedang tidur.

Bak kata seorang pendaki tegar dari Napak Giri "Udah namanya petualang, pendakian mesti diteruskan walau ada halangan"

Situasi 'Gunung Ditutup" hanyalah satu cabaran buat pendaki, tidak semestinya halangan. Lawan tetap Lawan. Dinasihatkan buat pembaca, jangan redah membuta tuli atau secara bodoh. Kenali dulu situasi sebenar. Bahaya tetap ada dalam rekreasi mendaki. 

Berusaha untuk Berjaya.
~apip embi~

Wednesday 17 October 2012

Review: Black Diamond Hex Belt


Black Diamond Hex Belt
Black Diamond Hex Belt 
Tali pinggang outdoor atau jenama outdoor dari Black Diamond. Mereka yang nak berkenalan dengan jemana ni boleh ke official website Black Diamond.
Sudah lebih sebulan pakai tali pinggang ni. Tali pinggang yang lebar 1 inci ni mungkin tak sesuai dikenakan dengan seluar jeans. Seluar outdoor rata-rata sesuai dipadankan. Seluar 'slack' ke pejabat juga boleh dipadankan. 

2 perkara yang agak menonjol pada tali pinggang ini, kepala tali pinggang dan corak pada tali pinggang.

Kepala heksagon (hexagon) atau diamond shape agak menonjol keluar. Bagi insan yang pentingkan kesamarataan atau simetri dalam penampilan, bentuk heksagon yang tidak simetri ini tidak sesuai buat mereka. Insan yang suka sesuatu yang unik, silakan. Terfikir juga kalau heksagon ni simetri sudah tentu jadi diamond shape 'superman'.

Kepala hexagon / diamond shape

Corak yang dicetak diatas tali pinggang jalinan nylon sememangnya menampakkan gaya outdoor. Terdapat dua pilihan warna corak. kelabu-kuning dan kelabu-biru diatas nylon hitam.

Panjang lilitan 165cm ini, boleh dikerat hujungnya. Outdoor Dynamic yang membawa masuk produk ini turut memberi khidmat memotong dengan percuma serta membentuk kembali hujung tali pinggang ini. 
Perbezaan hujung asal & yang telah ditempa oleh Nadir.

Produk: Pembelian dari kedai Outdoor Dynamic
Harga Label: RM72.00
Harga belian (andai bernasib baik ada diskaun atau penghantaran percuma).


Monday 15 October 2012

Hi- Tea OGKL 2012


Hi- Tea OGKL 2012

Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur, sebuah kelab bagi pendaki gunung yang berpusat di ibukota Kuala Lumpur telah pun mengadakan majlis penghargaan, penyampaian sijil & anugerah buat pendaki-pendaki yang berjaya mendaki sepanjang program tahun 2012. 

Majlis Hi-tea bertempat di Riverstone Eco-Resort, Hulu Yam, Selangor dihadiri kira-kira 80 orang dengan tema pakaian kotak/petak. Hi-tea di resort berasaskan alam ini memang sesuai dengan jiwa orang gunung. 

Acara cabutan bertuah memeriahkan suasana majlis, semua hadirin pulang dengan hadiah, yang membezakan cuma besar atau kecil nilai hadiah. Hadiah-hadiah sumbangan persendirian dari barangan Avon, Panasonic, Honda, Bracelet dan lain-lain lagi. Lusuh Adventure & Abotshop antara penaja barangan outdoor dari kedai masing-masing. Goodies bag yang turut berisi majalah-majalah dari theStar Publications jadi buah tangan dimeja pendaftaran.

Kehadiran tokoh pendaki negara, Qobin dihujung majlis menyerikan lagi suasana. Walaupun seketika, kehadiran & sumbangan yang dihulurkan untuk program kelab ke Mt Kosciuszko tetap bermakna buat OGKL. 

Mereka yang telah berjaya diperkotakkan pemikiran untuk berbaju kotak.


Apip bersama OGKL @ Hi Tea 2012