Monday 21 January 2013

Meninjau Gunung


Meninjau Gunung / Rentis

 Teknik meninjau dari tempat tinggi untuk tujuan menjajar rentis ke sesuatu destinasi. Teknik ini bukan perlu diguna semata-mata bila kita tersesat dihutan. Pohon yang tinggi boleh digunakan sebagai tempat meninjau, kalau ada menara tinjau tak perlu pohon. Puncak yang lebih tinggi juga boleh jadi tempat meninjau rentis.

Teknik ini hanya boleh digunapakai bila cuaca baik, tidak berkabus atau malam yang diterangi cahaya bulan. Waktu gelap gelita apa pun tak nampak. Waktu siang lebih baik dari waktu malam. Lebih terperinci apa yang dapat kita lihat. 

Teknik Meninjau Rentis juga dapat mengesahkan kedudukan kita dalam peta topologi. Teknik ini digunapakai bagi mereka yang masuk ke hutan hanya berbekalkan peta & kompas. Kini kewujudan GPS banyak membantu pendaki-pendaki.

Nak lihat apa ye'. LIhatlah rentis yang mungkin kita dapat lalui hingga ke destinasi. Selain dari perancangan diatas peta topologi, Meninjau Rentis dapat membantu menjajar rentis dengan lebih baik. Kita dapat lihat rabung, tebing tinggi, tanah runtuh, permatang putus, pecahan-pecahan rabung, jalan balak dan sebagainya. Maklumat ini perlu dipadankan kembali dengan struktur kontor dalam peta topologi. 

Kenapa nak padan dengan peta topologi. Mungkinkah peta topologi salah? Stuktur muka bumi boleh jadi berubah bila ada tanah runtuh, Wujud tebing tinggi yang tidak dinyatakan dalam peta topo dan jajaran rentis yang dirangka atas peta topo perlu dilaraskan sesuai dengan situasi sebenar hasil dari tinjauan rentis.


Contoh Kes - G. Hantu, Jelebu
G. Hantu dilihat dari puncak G. Besar Hantu. Jajaran rentis dilakar untuk memastikan tidak terlajak turun di rabung (lihat rabung turun di bahagian kanan-tengah foto . Jajaran rentis juga perlu dilencongkan bagi mengelak tebing tinggi (lihat tebing batu di foto). Kewujudan dua puncak yang hampir setara tingginya dan agak berdekatan hasil dari Meninjau Rentis dapat mengelakkan pendaki mendaki puncak yang salah dan beranggapan telah tamat misi mencari puncak sebenar. Lihat peta dibawah hanya satu puncak yang ada. 
Rentis yang dilakar sebelum Meninjau Rentis

Rentis yang dilakar selepas Meninjau Rentis
Meninjau Rentis membolehkan kita melaraskan arah kompas (declination). Arah sasaran yang dikenalpasti dapat kita set dengan kompas. Selain melaras kompas menggunakan maklumat peta topologi serta kiraan, menghalakan kompas ke arah sasaran, terus dapat bearing. 

G. Bubu West, K. Kangsar mungkin dinamakan 'West' sebab berada sedikit dibarat G. Bubu, merujuk pada grid peta. Hasil Meninjau Rentis dari G. Bubu, Puncak G. Bubu West adalah arah Utara mengikut utara magnet. 

G. Warpu, Lodging pula mempunyai puncak tipu, kesilapan bearing (declination) boleh membawa pendaki ke puncak tipu semata-mata tanpa mengetahui kewujudan puncak sebenar. Meninjau Rentis perlu bagi memastikan tiada puncak lain diradius berdekatan.

-apip embi-

0 comments:

Post a Comment