Foto untuk teman-teman

Annapurna Winter Santuary Trek.

Fotobook

Foto mendaki gunung tertinggi di Australia

Apip - Eryn

Saat-saat honeymoon di Annapurna Region.

ABC Winter

Foto shoot di Annapurna Base Camp on Winter.

ABC Winter

PIP in Person, Avid Hiker.

Monday 24 November 2014

Trek Nuang Melalui Janda Baik Ditutup

Trek alternatif ke puncak Gunung Nuang melalui Janda Baik, Pahang telah ditutup. Suka atau tak suka trek Nuang ini tetap ditutup oleh jabatan yang berkenaan. Perhatian buat pendaki-pendaki yang ingin ke Gunung Nuang, Trek Nuang melalui Pansun, Hulu Langat masih dibuka seperti biasa.


Penutupan trek Nuang ini difahamkan bersifat sementara sahaja dan akan dibenarkan melakukan aktiviti di Hutan Negeri Pahang selepas keadaan hujan kembali reda. Satu notis kebanaran semula melalukan aktiviti akan dikeluarkan dari pihak berkenaan.

Harapnya 1 Feb 2015 sudah dibenarkan aktiviti pendakian di Pahang. Kalau tidak terencatlah pendakian-pendakian di kalangan kerabat gunung Semenanjung Malaysia.


Tuesday 6 May 2014

Sub Hobi kumpul patch


Mendaki gunung boleh dikatakan suatu hobi (walau lebih pada gaya hidup). Sedar tak sedar rupanya ada sub hobi kumpul patch (lencana kain). Apa tidaknya, selain cenderamata t-shirt bagi setiap gunung atau taman negara ada juga patch dijual sebagai cenderamata. 


Koleksi yang dikumpul kembali
Patch ni bukan benda baru dalam alam gunung. Baik dalam negara mahupun luar negara. Walau tak semua tempat ada jual cenderamata patch. Bila dikumpul boleh penuh baju nak ditampal. Tak muat pula andai ditampal ditopi. Berjahit-jahit pula beg / haversack dengan patch.

Foto Hiasan
Best ke ada patch ni. Mulanya sebagai cenderamata pernah ke tempat tersebut. Bangga juga pakai baju / beg / haversack yang ada patch tertentu. Akhir sekali jadi satu hobi sampingan selain mendaki gunung.

Cerita sedikit koleksi apip yang masih wujud. Dulu mula-mula lekat patch di jaket & pouch bag. Kendian tukar pouch bag, lekangkan, simpan. Nak lekad di jaket atau haversack mahupun pouch bag baru nampak tak berapa sesuai. Sayang jaket performance & haversack performance tertebuk dengan jarum-jarum. Nak tak nak, SIMPAN saja.

Jumpa cenderamata, beli, simpan. Begitulah aturannya. Bila dikumpul-kumpul dah boleh lekat kat satu papan patch. Baru sedar ada yang terhilang. Gunung Ledang & Stong State Park. 

Apa yang istimewa dalam banyak-banyak patch ni! 
Rata-rata patch dibuat dari kain yang agak tebal dan ditekad dengan benang pelbagai warna. Satu dari koleksi apip patch dibuat dari kain nipis dan bukan ditekad tapi disulam. Nampak lebih kemas dan terperinci.
Patch yang disulam
Patch paling banyak - Gunung Semeru. Tak berapa pasti kenapa. Ada juga patch untuk acara atau kempen  'Save Our Forest'

Ada lagi tak pengumpul-pengumpul patch secara senyap ni? JOM hobi ni. Dah bersara dari mendaki pun hobi ni masih boleh diteruskan.

Thursday 10 April 2014

2014 Makin Banyak Trek Gunung Jadi Santai


Gunung yang santai

Tulisan kali ni bukan nak senaraikan berapa banyak trek gunung yang santai. Bukan juga nak ketengahkan kisah bersantai di atas gunung atau bersantai di kaki gunung atau bersantai semasa ekspedisi. Bersantai sepanjang ekspedisi; Percaya!

Perasan tak sekarang ni macam dah jadi makin popular istilah santai. Trip santai mendaki gunung BlaBlaBla. Nikmati pendakian santai Gunung tuuuuut. G7 Santai. Ini antara iklan trip yang wujud.
Tengok contoh lagi.










Ada juga yang tak letak istilah 'santai' pada tajuk/nama trip tapi masih guna istilah 'santai' dalam iklan. Ada yang siap nyatakan suasana pendakian santai.





Andai betul tak sepatutnya ada masalah. Tapi terpikir juga, motif mereka ini, samada untuk main-main, gurauan sesama rakan yang tahap hardcore atau sengaja untuk menarik ramai pendaki baru dan yang takut dengan istilah hardcore. 

Sebut istilah hardcore, trip penggiat gunung yang bersantai di pantai atau trip mencandat sotong dah jadi trip hardcore.



Mungkin ini juga antara penyumbang kes pendaki-pendaki baru salah tafsir cabaran sesuatu gunung atau bukit. 'Santai' saja. 

Fikir-fikirkanlah demi memartabatkan rekreasi gunung kita. Hemmm dah macam topik tak santai bila mengajak untuk berfikir.

#sampel ini diambil dari iklan di public bukan untuk menyerang peribadi / mana-mana penganjur.




Wednesday 19 February 2014

Pemesongan Kutub

Ilustrasi yang diterbitkan SinarHarian

Salji turun di padang pasir & kutub menyonsang. Apa info dari ilmu pemetaan! Bagaimana nak baca peta selepas ini dan ditahun-tahun mendatang? Tepat / "valid" lagikah compas bearing nanti. Adakah mereka yang mengelar diri sendiri sebagai penyondol hutan dan gunung akan berubah menjadi penyondol tanah?

Arah kutub menyonsang tahun demi tahun. Hal ini ada dalam ilmu pemetaan. Juga disebut Magnetic Declination. Pelarasan kutub utara peta berdasarkan kiraan kutub magnetik semasa. Jadi pemesongan kutub magnetik atau disebut utara kompas bukan perkara baru bagi mengamal ilmu pemetaan. Memandangkan peta yang diterbitkan bukan setiap tahun malah ada yang sekali dalam sedekad. Pengguna peta diberi makluman tentang darjah pemesongan setiap tahun. Hah kiralah sendiri. 
Panduan dalam peta topo membantu pengguna
Pembaca peta hendaklah membuat pelarasan (declination). Bagi kompas askar atau yang lebih lengkap, pelarasan dibuat di kompas, manakala bagi pengguna kompas orientering, peta hendaklah diserongkan mengikut sudut perbezaan tersebut. [Panduan Asas Membaca Peta Topo - Apip Embi] 


Bila kena kira sendiri ini, kebiasaannya orang akan kira darjah pemesongan dari tahun peta diterbitkan hingga tahun peta tersebut digunakan. Belum pernah dengan yang nak kira sampai pemesongan kutub utara berubah 90 darjah. Bersandarkan pada pemesongan tahunan adalah malar, tahun bila agaknya akan bertukar matahari terbit dari barat? Kalau rajin boleh kira. Tak ada yang mustahil.

~apip embi~

Tuesday 18 February 2014

Buku Kandil di Kaki Gunung

Pustaka buku PTS dalam  portalnya dah iklan buku ni 'Kandil Di Kaki Gunung' atau istilah lainnya Cahaya di kaki gunung. Buat peminat atau pengiat pendaki gunung yang biasa melihat cahaya suria dari puncak gunung, buku ni mungkin sesuatu yang amat berbeza.

Penulis Roza Roslan, yang terkenal dengan buku-buku Travelog Cinta Abadi, penulisan gaya bersahaja tampil dengan buku baru. Sinopsis boleh dirujuk di baca sini


apip embi

Wednesday 5 February 2014

Drama Sebabak di EBC

Al-kisah Travelog Everest Felda 2013 dah pun ditamatkan. Kisah kali ni tidak dicatat tapi dirakam lensa kemera apip. 

Skrip dan apa yang dibicarakan tak dapat dirakam atau rekod. Tengok ajalah drama sebabak ni antara M dan Sue di EBC.

M, Sengih nakal

M, masih sengih nakal sambil garu kepala. Sue disisi.

M, mulakan dengan baca doa dulu.  Sue macam tercengang.
M, semak sesuatu di handphone.

Entah apa yg dibicarakan, Sue memandang ke langit.

Sue jeling ke M

Sue usha keliling.

M & Sue makin rapat.

Nasuha merenung tajam ke arah M & Sue.

Nampak tu kelibat Nasuha, M & Sue. 

Babak terus tamat bila Nasuha mendekati M & Sue. anti-klimak betullah. Tak ada apa-apa yang terjadi.


Friday 10 January 2014

Tips Trip Seminggu Tanpa Kos Tambahan



Nak berekspedisi seminggu memang seronok. Seronok bila ekspedisi ke gunung yang gah. Lagi seronok bila tak terbeban dengan pertambahan kos sara hidup. 

Mesti ada caranya, ada tekniknya bukan. 

Apa yang nak dikongsi ni bukan sekadar idea dan teori malah terbukti pada diri ini sendiri dan mungkin juga pada beberapa insan lain. Ingat, rezeki juga datang dari Illahi. Ada rezeki tanpa ada ilmu mungkin tak berkesan. Begitu juga ada ilmu tanpa ada rezeki tak kemana lagi. 

Ramai yang beranggapan besar periuk besarlah kerak. Pernahkah anda tahu periuk yang besar andai ditambah sukatan maksimum tapi kerak tak bertambah. 
Kenapa ada insan yang kerap beroutdoor. 
Kenapa ada dikalangan mereka tidak terbeban dengan kos untuk trip seminggu. 

Kenapa anda perlu tahu!
Anda juga layak mempraktikkan kaedah ini. 
Penambahan keupayaan insane untuk beroutdoor boleh menambahkan permintaan untuk bikin trip outdoor bagi pengerak outdoor.

Contoh Analisa

Kos berkerja seminggu/5 hari

Tol RM12 sehari X 5 = RM60.
Fuel RM23 sehari X 5 = RM115
Makan ditempat kerja RM15 sehari X 5 = 75
Belanja kawan RM20
Makan mlm/luar RM50
Lepak-lepak TehTarik dgn kawan RM20
Infak RM10
+
Kos hujung minggu
Makan luar+wayang =RM70
Jumlah kos = RM420

Kemana anda boleh pergi
Trip seminggu dalam negara seperti C-US, TransTitiwangsa, G.Tahan, TransNoring dsbg sudah tentu berlebih dengan RM400.

Kalau anda ada baget outdoor sebulan RM150, ditambah dengan kos hidup seminggu tadi sudah jadi RM570. 

Dah dapat pergi ke seberang Selat Melaka. Guna feri. Juga buat yang ingin pergi jauh lagi dan menggunakan penerbangan. Dah tentu kos trip anda yang perlu dikeluarkan hanya sebahagian kecil. 

Elakkan bikin atau ikut trip diwaktu cuti umum+cuti minggu bagi anda yang dibayar gaji walaupun cuti kerja, tiada kos ke tempat kerja yang akan dikurangkan. 

Cabaran buat anda
Hah kenalah meningkatkan ekonomi diri hingga capai kos mingguan yang optimum untuk berekspedisi dengan selesa tanpa tingkatkan kos mingguan.

Semoga kita sama-sama merasai kesenangan semasa keluar outdoor. Katakan tidak pada kesengsaraan poket. AZAM dihati.

Foto Hiasan: Memandang jauh dan bertindak jauh